Tujuan utama
seseorang mendapatkan rawatan urutan adalah untuk:
1) Membaiki sistem
perjalanan darah yang tersumbat
2) Menghilangkan
kepenatan selepas bekerja seharian (santai)
3) Untuk membuang
angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang
merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh disebabkan darah tidak berjalan
dengan lancar.
4) Membetulkan urat
saraf yang tersimpul akibat terkehel, terpelecok, bengkak kaki kerana berdiri/berjalan
lama
5) Merawat urat saraf
wanita lepas bersalin dan memulihkan tenaga kembali
Istilah Urut
Urut; sama ada urut tradisional, urut thai, urut
reflesology, urut SPA dan sebagainya mempunyai tujuan yang sama iaitu perlakuan
bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh badan. Terdapat tukang urut yang mewarisi urut dari
keluarga atau keturunan, ada juga yang mempelajari secara khusus dan juga yang menggabungkan
kedua-dua nya bagi menjadikan urutan lebih berkesan.
Ada tukang urut mewarisi dan mempelajari cara
mengurut dari ibu, ayah, datuk atau nenek mereka, ada juga yang mempelajarinya
secara khusus untuk mendapatkan ilmu tersebut.
Aliran darah dalam tubuh umpama
longkang. Sekiranya air longkang mengalir
baik maka tidak perlu disapu. Tetapi
apabila longkang mula tersumbat dengan longgokan lemak atau pasir atau sampah
maka pertolongan bagi melepaskan loggokan itu diperlukan. Begitu juga mengurut, urat atau pembuluh
darah yang tidak lancar akan mengakibatkan tangan, kaki atau tubuh menjadi
kebas dan lebih parah lagi susah untuk bergerak! Apabila kesukaran pergerakan bermula maka
berbagai masalah praktikal yang akan timbul.
Minyak
kelapa & Minyak Urat sahaja yang digunakan
Kelebihan Minyak
Kelapa Mengikut Tradisi
1) Melancarkan
pergerakan urutan; sebagai bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses
urutan ,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urut tradisional
2) Bertindak sebagai
pelembab
3) Mengelak kulit
kering dan menggelupas
4) Melambatkan proses
penuaan (keanjalan & kelembutan lebih ketara)
5) Merawat sakit
kulit
Kelebihan Minyak
Urut Mengikut Tradisi
1) Bergantung pada
ramuan-ramuan yang dicampurkan
2) Penambahan bacaan
ayat-ayat suci Al Quran juga penting bagi memperindahkan kandungan minyak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan