Isnin, 24 Disember 2012

PENGALAMAN MELAHIRKAN

Berdasarkan pengalaman diri sendiri, samada kelahiran secara normal, pembedahan atau pun keguguran, penjagaan selepas melahirkan (dalam tempoh berpantang) tetap di amalkan.  Walaupun cara kehidupan semakin moden, penjagaan tradisi tetap diguna pakai.  Sebagai panduan untuk semua pembaca, beginilah cara penjagaan semasa berpantang selepas melalui proses kelahiran.  Tetapi diingatkan rawatan atau penjagaan sepenuhnya hanyalah dilakukan dalam tempoh berpantang (40hari).  Selepas tempoh berpantang, terserah lah pada ibu-ibu bagi memutuskan untuk meneruskan penjagaan atau pun tidak.  Tepuklah dada tanyalah selera!

Kelahiran Normal
1)    Sehari selepas kelahiran, rawatan berurut selama 3 hari berturut-turut, bertungku, berbengkung dan berjamu.  Juga dilakukan pada hari ke-7 dan ke-40.

2)   Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan makanan agar berat badan tidak mendadak meningkat, tidak mengambil makanan dan minuman sejuk. 

3)   Elakkan mengambil makanan berangin.  Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan air putih.

Kelahiran Melalui Pembedahan
1)    2 minggu selepas kelahiran melalui pembedahan, rawatan berurut selama 3 hari berturut-turut, berbengkung dan berjamu.  Dilakukan juga selepas 7 hari dan selepas 40 hari.  Digalakkan berbengkung bagi mengawal kekenduran mendadak selepas/akibat pembedahan.

2)   Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan makanan yang boleh menyebabkan kegagatalan pada kesan jahitan, tidak mengambil makanan dan minuman sejuk.

3)   Elakkan mengambil makanan berangin . Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan air putih.

Keguguran
1)    Sehari selepas kelahiran keguguran, rawatan berurut selama 3 hari berturut-turut,  bertungku, berbengkung dan berjamu.  Juga dilakukan pada hari ke-7 dan ke-40

2)   Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan makanan, tidak mengambil makanan dan minuman sejuk.

3)   Elakkan mengambil makanan berangin.  Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan air putih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan