Isnin, 24 Disember 2012

JENIS-JENIS MANDI

 
 
 
Terdapat jenis mandian yang mana dilakukan demi untuk merehatkan diri, mencergaskan minda, memperhaluskan kulit dan lain-lain maksud tersendiri.  Samada Mandi Limau, Mandi Bunga, Mandi Susu, Mandi Rempah dan Mandi Garam ianya pasti memberikan keberkesanan tersendiri.


Mandi Bunga iaitu mandian dimana air yang dicampur berjenis-jenis bunga wangi.  Aroma dari bungaan ini dapat menenangkan minda kita.  Sekiranya otak didalam keadaan stress, mandi bunga merupakan terapi yang paling baik.  Oleh demikian pilihlah bunga yang berwarna warni dan berbau wangi untuk tujuan mandi bunga ini.
Mandi Limau iaitu mandian dimana air dicampur dengan perahan dan potongan limua purut.  Hasil dari campuran ini bukan sahaja dapat menenangkan minda malah ianya bertindak sebagai bahan neutral.  Seandainya tubuh bersifat asid, maka penuetrallan akan dilakukan tersendiri.  Kesegraran setelah kepenatan juga dapat dirasakan.  Semasa mandi sentalkan kulit limau kebahagian kuli tyang kasar, kusam atau bersisik seperti ketiak, kelengkang dan kaki bagi proses pembersihan.  Gunakan kulit limau ini juga kebahagian kulit kepala bagi mengatasi kegatalan ataupun kelimumur.  Bau limau akan terlekat dibadan kita. Amat sesuai juga bagi mereka yang mempunyai masaalah bau badan.

Mandi Susu iaitu mandian yang dicampur dengan susu tepung dan minyak zaitun sahaja ataupun tambahan campuran dengan limau purut dan bunga.  Mandian ini akan mengakibatkan kulit menjadi gebu, putih bercahaya dan berbau harum (dengan amalan rendaman secara koisisten). Disamping itu, rawatan ini juga dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit. Kelebihan menggunakan susu kambing asli bukan sahaja dapat mencerahkan/memutihkan kulit dan mencegah bintik-bintik hitam malah:
  • Membersihkan dan menghilangkan daki-daki ataupun kotoran yang melekat di tubuh setelah seharian berpeluh
  • Menghaluskan, meremajakan, menenangkan dan dalam masa yang sama menyihatkan kulit anda
  • Boleh mengurangkan masalah bau badan jika digunakan kerap setiap kali mandi
  • Terbukti mencegah jerawat dan bekas-bekas jerawat di muka dengan pemakaian yang teratur
  • Menutralkan kulit dari kekeringan dan kelebihan minyak
 

Mandi Rempah iaitu mandian yang dicampur dengan rempah herba, kayu-kayan, akar tumbuhan, tumbuhan yang menyebabkan badan, berbau enak, segar, aktif. Seharusnya rempah mandi dibuat dari : Akar wangi, mawar, kayu cendana, bidara laut, pulosari, kelebet, daun delem, temulawak, lerak, kayu cang, bunga pala, kapulaga, pekak, kayu manis, cengkeh.  Tetapi dek kerana sukarnya untuk menyediakan ramuan ini maka belilah sahaja ramuan “instant” yang kini banyak dijual ditoko-toko jamu atau pun kedai ubat tradisional.  Mandian rempah dapat menghilangkan bau badan, memberi nutrisi pada kulit, menjaga kelembaban kulit, mencegah kulit keriput, menyegarkan dan menyehatkan kulit, disamping menghilangkan rasa lelah, lesu dan penat.


Mandi Garam atau amalan merendam kaki dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian bagi merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya. Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.
Khasiat merendam kaki dengan Garam Bukit:
-melancarkan peredaran darah seluruh tubuh
-membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus
-melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki
-mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian berdiri & berjalan
-membantu merawat tumit kaki yg pecah / merekah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan