Bekerja dipusat kecantikan tradisional juga menjadikan saya dapat
memperluaskan kebolehan yang sedia ada ini. Disamping itu sempat juga saya
mengikuti kursus tatarias wajah dan kecantikan tubuh. Dengan pengetahuan yang ada ini saya titipkan
dilaman ini. Perawatan badan merakumi
urut, lulur dan mandi. Disini saya cuma
tekankan kepada jenis-jenis mandian: mandi
bunga, mandi limau, mandi susu, mandi rempah dan mandi garam.
Saya ceritakan beberapa kebaikan dengan melakukan
mandian-mandian ini: Istilah mandi
adalah membersihkan diri iaitu bersih dari kotoran setelah satu hari aktif
bergerak samada bekerja ataupun bermain.
Badan akan merasa segar apabila kita mandi lebih-lebih lagi dalam cuaca
yang sangat panas. Bagi sesetengah orang
mereka gemar untuk mandi menggunakan air sejuk dan setengahnya pula mandi
menggunakan air panas. Namun apapun
kaedah mandi, yang pasti keputusannya adalah untuk kesegaran dan kebersihan
diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan