Kelahiran
Normal
1) Sehari selepas kelahiran, rawatan berurut
selama 3 hari berturut-turut, bertungku, berbengkung dan berjamu. Juga dilakukan pada hari ke-7 dan ke-40.
2) Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan
makanan agar berat badan tidak mendadak meningkat, tidak mengambil makanan dan
minuman sejuk.
3) Elakkan mengambil makanan berangin. Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan
air putih.
Kelahiran
Melalui Pembedahan
1) 2 minggu selepas kelahiran melalui
pembedahan, rawatan berurut selama 3 hari berturut-turut, berbengkung dan
berjamu. Dilakukan juga selepas 7 hari
dan selepas 40 hari. Digalakkan
berbengkung bagi mengawal kekenduran mendadak selepas/akibat pembedahan.
2) Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan
makanan yang boleh menyebabkan kegagatalan pada kesan jahitan, tidak mengambil
makanan dan minuman sejuk.
3) Elakkan mengambil makanan berangin .
Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan air putih.
Keguguran
1) Sehari selepas kelahiran keguguran, rawatan
berurut selama 3 hari berturut-turut,
bertungku, berbengkung dan berjamu.
Juga dilakukan pada hari ke-7 dan ke-40
2) Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan
makanan, tidak mengambil makanan dan minuman sejuk.
3) Elakkan mengambil makanan berangin. Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan
air putih.