Isnin, 24 Disember 2012

PENGALAMAN MELAHIRKAN

Berdasarkan pengalaman diri sendiri, samada kelahiran secara normal, pembedahan atau pun keguguran, penjagaan selepas melahirkan (dalam tempoh berpantang) tetap di amalkan.  Walaupun cara kehidupan semakin moden, penjagaan tradisi tetap diguna pakai.  Sebagai panduan untuk semua pembaca, beginilah cara penjagaan semasa berpantang selepas melalui proses kelahiran.  Tetapi diingatkan rawatan atau penjagaan sepenuhnya hanyalah dilakukan dalam tempoh berpantang (40hari).  Selepas tempoh berpantang, terserah lah pada ibu-ibu bagi memutuskan untuk meneruskan penjagaan atau pun tidak.  Tepuklah dada tanyalah selera!

Kelahiran Normal
1)    Sehari selepas kelahiran, rawatan berurut selama 3 hari berturut-turut, bertungku, berbengkung dan berjamu.  Juga dilakukan pada hari ke-7 dan ke-40.

2)   Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan makanan agar berat badan tidak mendadak meningkat, tidak mengambil makanan dan minuman sejuk. 

3)   Elakkan mengambil makanan berangin.  Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan air putih.

Kelahiran Melalui Pembedahan
1)    2 minggu selepas kelahiran melalui pembedahan, rawatan berurut selama 3 hari berturut-turut, berbengkung dan berjamu.  Dilakukan juga selepas 7 hari dan selepas 40 hari.  Digalakkan berbengkung bagi mengawal kekenduran mendadak selepas/akibat pembedahan.

2)   Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan makanan yang boleh menyebabkan kegagatalan pada kesan jahitan, tidak mengambil makanan dan minuman sejuk.

3)   Elakkan mengambil makanan berangin . Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan air putih.

Keguguran
1)    Sehari selepas kelahiran keguguran, rawatan berurut selama 3 hari berturut-turut,  bertungku, berbengkung dan berjamu.  Juga dilakukan pada hari ke-7 dan ke-40

2)   Dalam tempoh berpantang, kawal pengambilan makanan, tidak mengambil makanan dan minuman sejuk.

3)   Elakkan mengambil makanan berangin.  Perbanyakkan pengambilan sayuran, buahan dan air putih.

RAWATAN & KOS

Urut Tradisional (Wanita sahaja)            RM40.00 Keseluruhan Tubuh Depan Belakang
                                                               (Hujung Rambut ke Hujung Kaki)
                                                               RM50.00 Tambahan Tubuh Mengiring
                                                               (Keutamaan Bahagian Bawah Badan)

Urut Separuh Badan                                RM25.00 (Badan Atas hingga ke Pinggang)
                                                                RM25.00 (Badan Bawah dari pinggang)

Urut Kesihatan                                        Ikhlas
(Terseliuh, terkehel, sakit perut,
migrain, salah bantal, batuk berpanjangan,
sukar tidur malam dll yg bukan urutan untuk satu badan)
 
 
Urut Selepas Bersalin                            RM70.00 (1 hari) x 3 = RM210.00
                                                              Caj Pengangkutan = RM15.00 (sehari)    
                                                              Khidmat Termasuk:
                                                              Bertungku (Batu Sungai)
                                                              Minuman Jamu
                                                              Pilis
                                                              Tapel Segar Beserta Memakaikan Bekung

Khidmat mandi & urut bayi                    RM20.00 
                                                             Termasuk bertuam
                                                             Tuam: daun sireh/daun mengkudu 
                                                             (Tentulah memakaikan pakaian & bedung sekali)
 

ALAMAT PUSAT URUTAN / PERTEMUAN & TEMUJANJI



Alamat                     DG-04, Blok D Tingkat Bawah,
                                Jalan Padi Malinja 1, Apartment Titiwangsa,
                                Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Masa Rawatan           Setiap Hari:
                                 09:00pagi – 10:00mlm
Temujanji amat dihargai:
                                                            Pn. Suraya:
                                                            TEL/SMS: 016-7528500
                                                            Whtup: 018-7928500

 

TUJUAN & ISTILAH URUTAN


Tujuan utama seseorang mendapatkan rawatan urutan adalah untuk:
1)    Membaiki sistem perjalanan darah yang tersumbat
2)   Menghilangkan kepenatan selepas bekerja seharian (santai)
3)   Untuk membuang angin di dalam badan,kerana angin kalau tidak dibuang akan membuatkan seseorang merasa badan sengal-sengal dan lenguh-lenguh disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar.
4)   Membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat terkehel, terpelecok, bengkak kaki kerana berdiri/berjalan lama
5)   Merawat urat saraf wanita lepas bersalin dan memulihkan tenaga kembali

Istilah Urut

Urut; sama ada urut tradisional, urut thai, urut reflesology, urut SPA dan sebagainya mempunyai tujuan yang sama iaitu perlakuan bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh badan.  Terdapat tukang urut yang mewarisi urut dari keluarga atau keturunan, ada juga yang mempelajari secara khusus dan juga yang menggabungkan kedua-dua nya bagi menjadikan urutan lebih berkesan.

Ada tukang urut mewarisi dan mempelajari cara mengurut dari ibu, ayah, datuk atau nenek mereka, ada juga yang mempelajarinya secara khusus untuk mendapatkan ilmu tersebut.

Aliran darah dalam tubuh umpama longkang.  Sekiranya air longkang mengalir baik maka tidak perlu disapu.  Tetapi apabila longkang mula tersumbat dengan longgokan lemak atau pasir atau sampah maka pertolongan bagi melepaskan loggokan itu diperlukan.  Begitu juga mengurut, urat atau pembuluh darah yang tidak lancar akan mengakibatkan tangan, kaki atau tubuh menjadi kebas dan lebih parah lagi susah untuk bergerak!  Apabila kesukaran pergerakan bermula maka berbagai masalah praktikal yang akan timbul. 


 
Minyak yang digunakan dalam sesi urutan: 
Minyak kelapa & Minyak Urat sahaja yang digunakan

Kelebihan Minyak Kelapa Mengikut Tradisi
1)    Melancarkan pergerakan urutan; sebagai bahan utama yang digunakan untuk melicinkan proses urutan ,di samping untuk mengelakkan rasa sakit akibat urut tradisional
2)   Bertindak sebagai pelembab
3)   Mengelak kulit kering dan menggelupas
4)   Melambatkan proses penuaan (keanjalan & kelembutan lebih ketara)
5)   Merawat sakit kulit


Kelebihan Minyak Urut Mengikut Tradisi
1)    Bergantung pada ramuan-ramuan yang dicampurkan
2)   Penambahan bacaan ayat-ayat suci Al Quran juga penting bagi memperindahkan kandungan minyak
 

PENGETAHUAN PENJAGAAN KECANTIKAN TUBUH BADAN

Kita sebagai perempuan memang amat mengetahui bahawa “Wanita” tidak dapat dipisahkan dari kecantikan.  Walau tidak secantik mana, kebersihan dan keterampilan perlu dipupuk dan jaga.  Dilaman ini, saya akan berkongsi pengetahuan yang pernah saya perolehi dimana suatu ketika dahulu pernah saya pelajari dengna mengikuti mengikuti kursus-kursus kecantikan Mustika Ratu. Pusat-pusat kecantikan ketika itu sangatlah terhad, masih terakam diingatan saya Cuma hanya produk Mustika Ratu dan Ratu Ayu Solo saja yang menjadi perhatian.  Sehinggalah tumbuhnya pusat-pusat kecantikan yang lain bagaikan cendawan kembang selepas hujan.

Bekerja dipusat kecantikan tradisional juga menjadikan saya dapat memperluaskan kebolehan yang sedia ada ini. Disamping itu sempat juga saya mengikuti kursus tatarias wajah dan kecantikan tubuh.  Dengan pengetahuan yang ada ini saya titipkan dilaman ini.  Perawatan badan merakumi urut, lulur dan mandi.  Disini saya cuma tekankan kepada jenis-jenis mandian:  mandi bunga, mandi limau, mandi susu, mandi rempah dan mandi garam.

Saya ceritakan beberapa kebaikan dengan melakukan mandian-mandian ini:  Istilah mandi adalah membersihkan diri iaitu bersih dari kotoran setelah satu hari aktif bergerak samada bekerja ataupun bermain.  Badan akan merasa segar apabila kita mandi lebih-lebih lagi dalam cuaca yang sangat panas.  Bagi sesetengah orang mereka gemar untuk mandi menggunakan air sejuk dan setengahnya pula mandi menggunakan air panas.  Namun apapun kaedah mandi, yang pasti keputusannya adalah untuk kesegaran dan kebersihan diri.

JENIS-JENIS MANDI

 
 
 
Terdapat jenis mandian yang mana dilakukan demi untuk merehatkan diri, mencergaskan minda, memperhaluskan kulit dan lain-lain maksud tersendiri.  Samada Mandi Limau, Mandi Bunga, Mandi Susu, Mandi Rempah dan Mandi Garam ianya pasti memberikan keberkesanan tersendiri.


Mandi Bunga iaitu mandian dimana air yang dicampur berjenis-jenis bunga wangi.  Aroma dari bungaan ini dapat menenangkan minda kita.  Sekiranya otak didalam keadaan stress, mandi bunga merupakan terapi yang paling baik.  Oleh demikian pilihlah bunga yang berwarna warni dan berbau wangi untuk tujuan mandi bunga ini.
Mandi Limau iaitu mandian dimana air dicampur dengan perahan dan potongan limua purut.  Hasil dari campuran ini bukan sahaja dapat menenangkan minda malah ianya bertindak sebagai bahan neutral.  Seandainya tubuh bersifat asid, maka penuetrallan akan dilakukan tersendiri.  Kesegraran setelah kepenatan juga dapat dirasakan.  Semasa mandi sentalkan kulit limau kebahagian kuli tyang kasar, kusam atau bersisik seperti ketiak, kelengkang dan kaki bagi proses pembersihan.  Gunakan kulit limau ini juga kebahagian kulit kepala bagi mengatasi kegatalan ataupun kelimumur.  Bau limau akan terlekat dibadan kita. Amat sesuai juga bagi mereka yang mempunyai masaalah bau badan.

Mandi Susu iaitu mandian yang dicampur dengan susu tepung dan minyak zaitun sahaja ataupun tambahan campuran dengan limau purut dan bunga.  Mandian ini akan mengakibatkan kulit menjadi gebu, putih bercahaya dan berbau harum (dengan amalan rendaman secara koisisten). Disamping itu, rawatan ini juga dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit. Kelebihan menggunakan susu kambing asli bukan sahaja dapat mencerahkan/memutihkan kulit dan mencegah bintik-bintik hitam malah:
  • Membersihkan dan menghilangkan daki-daki ataupun kotoran yang melekat di tubuh setelah seharian berpeluh
  • Menghaluskan, meremajakan, menenangkan dan dalam masa yang sama menyihatkan kulit anda
  • Boleh mengurangkan masalah bau badan jika digunakan kerap setiap kali mandi
  • Terbukti mencegah jerawat dan bekas-bekas jerawat di muka dengan pemakaian yang teratur
  • Menutralkan kulit dari kekeringan dan kelebihan minyak
 

Mandi Rempah iaitu mandian yang dicampur dengan rempah herba, kayu-kayan, akar tumbuhan, tumbuhan yang menyebabkan badan, berbau enak, segar, aktif. Seharusnya rempah mandi dibuat dari : Akar wangi, mawar, kayu cendana, bidara laut, pulosari, kelebet, daun delem, temulawak, lerak, kayu cang, bunga pala, kapulaga, pekak, kayu manis, cengkeh.  Tetapi dek kerana sukarnya untuk menyediakan ramuan ini maka belilah sahaja ramuan “instant” yang kini banyak dijual ditoko-toko jamu atau pun kedai ubat tradisional.  Mandian rempah dapat menghilangkan bau badan, memberi nutrisi pada kulit, menjaga kelembaban kulit, mencegah kulit keriput, menyegarkan dan menyehatkan kulit, disamping menghilangkan rasa lelah, lesu dan penat.


Mandi Garam atau amalan merendam kaki dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian bagi merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya. Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.
Khasiat merendam kaki dengan Garam Bukit:
-melancarkan peredaran darah seluruh tubuh
-membantu membuang toksin dari badan & dapat mengelakkan virus
-melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi, sengal-sengal & kekejangan otot kaki
-mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian berdiri & berjalan
-membantu merawat tumit kaki yg pecah / merekah

SENAMAN KECANTIKAN

Senaman

Senaman adalah aktiviti yang dibuat untuk mejadi tubuh badan sihat, berotot, cantik dan dimana aktiviti dilakukan secara berterusan atau pun kadang kala sahaja.  Senaman tidak semeestinya dilakukan dengan terlalu agresif ataupun dengan mnegunakan peralatan yang mahal.  Yang penting, ianya perlu dilakukan secara beterusan, tetap dengan tahap sederhana.  Dalam erti kata lain, apabila membuat sesuatu senaman, hendaklah dengan rutin tetap, tempoh yang sama dan perbuatan yang tidak terlalu mendatangkan rasa penat atau letih.  Sebahagian daripada senaman ringan bagi memastikan individu boleh melakukannya setiap hari ataupun ketika bercuti.
 
Supaya Perut Tidak Buncit – Cara Kempiskan Perut
 
Baringkan diri secara terlentang, letakkan kedua tangan dibawak kepala.  Angkat kedua-dua kaki sehingga kedudukan menjadi 90 darjah (tegak). Lakukan sebanyak 15 kali. 

Supaya Payudara Tidak Kendur - Agar Pejal &  Menarik
 
 
 
Kedudukan kedua tangan seperti berpeluk tubuh tetapi jangan sampai menyentuh buah dada.  Tolak tangan kearah berlawanan.  Lakukan sebanyak 15 kali.  Kemudian angkat kedua tangan sedikit tinggi (paras dagu) lakukan gerakan yang sama (tolak tangan kearah berlawanan) Lakukan sebanyak 15 kali.  Akhir sekali, angkat kedua tangan keparas kepala, lakukan sama juga iaitu tolak tangan kearah berlawanan sebanyak 15 kali.
Supaya Otot Punggung Tegang - Agar Pejal & Menarik
Baringkan diri secara terlentang, angkat peha sebelah kanan sehingga kedudukan menjadi 90 darjah (tegak). Lakukan sebanyak 15 kali.  Ulang senaman yang sama pada sebelah peha kiri juga.  Kemudian peha diangkat dengan membengkokkan lutut dan meluruskan kembali.  Ulang sebanyak 10 kali.  Akhir sekali,dalam keadaan masih terlentang, gerakkan bahagian bawah badan (dari pinggang ke kaki) kekanan dan kekiri sebanyak 10 kali.