Selasa, 12 November 2013

IKHTIAR ZURIAT

IKHTIAR MENDAPAT ZURIAT/ANAK

KITA PERLU IKHTIAR TETAPI ALLAH YG MENENTUKAN!

Bagi wanita yg ingin mencuba mendapatkan zuriat, proses yg akan dilakukan:
  • Urut bagi pelancaran darah keatas seluruh urat-urat yg terlibat
  • Ramuan untuk diminum diberikan terus
  • Ayat-ayat suci AlQuran digunakan
  • Sekurang-kurangnya lakukan 3x urutan (INSYAALLAH)
  • Sekiranya masih belum termakbul..ikhtiar kedua akan diberikan..senarai keperluan yg perlu dibawa akan diberitahu kelak (Hanya Berasaskan Kelapa!)

URUT TRADISIONAL WANITA DI BBU JOHOR BAHRU

URUT TRADISIONAL WANITA

LOKASI: BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU

UNTUK DIHUBUNGI:
016-7528500
018-7928500

TUKANG URUT:
PN. SURAYA


KELAYAKAN & PENGALAMAN MENGURUT

KELAYAKAN

2000: Mengikuti Bengkel Spa Mustika Ratu (Merangkupi Urut, Lulur & Mandian)
2003: Mempelajari Teknik Mengurut dari Tukang Urut Pakar (Lelaki) Berpengalaman dalam perubatan herba tradisional (Dena Kaki & sebagainya)
2005: Mempelajari Teknik Mengurut dari Tukang Urut Indonesia
2006: Mempelajari Teknik Mengurut dari Tukan Urut DiRaja
2007: Mempelajari Teknik Mengurut dari Bidan
2009: Mempelajari Teknik Mengurut Professional (Eskay Tecnique) dari Suami
2013: Mengikuti Kursus: Bekam, Rawat Syifa & Akupuntur dari Pakar Bertauliah

Nota:  Walau bagaimana pun hanya cara yg terbaik sahaja dipilih, diikuti dan digunakan dalam pengurutan ini.                                      


 

PENGALAMAN  

Pengalaman Mengurut:     
  • Angin Ahmar
  • Migran
  • Terseliuh
  • Terkehel
  • Demam Urat
  • Sakit Perut
  • Belikat
  • Kebas-kebas Tangan/Kaki
  • Batuk Berpanjangan
  • Sukar Tidur Malam
  • Masalah Perut: Haid Berpanjangan, Buang Air Besar, Angin, Senggugut
  • Dan Lain-lain: Kanak-kanak Sering Menangis, Demam Berulang




 


URAT DARI KACAMATA TUKANG URUT


Jenis-jenis Urat Dari Kacamata Tukang Urut

Urat-urat dibadan memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya hanya dapat dirasa oleh tukang urut yang mahir melalui sentuhan jari.

Bahagian Urat-urat:

Urat Tegang: Akibat dari stress, mengangkat barang-barang berat dll

Urat Tersumbat: Akibat dari keadaan sejuk, makanan sejuk atau jenis darah sejuk

Urat Bergumpal: Akibat dari berdiri lama, duduk lama dll

Urat Bengkak: Akibat dari jatuh, terseliuh, terkehel, salah gerak dll

POSISI URUT YG SEBENAR


Bagaimana Posisi Mengurut Sebenar?

Terdapat 3 bahagian dalam kaedah mengurut seluruh badan iaitu meniarap, terlentang dan duduk.  

Bahagian yang perlu diurut semasa meniarap:

1. Urut Belakang Badan

2. Urut Belikat

3. Urut Belakang Lengan

3. Urut Tapak Kaki
4. Urut Betis/Labu Betis
5. Urut Belakang Peha
6. Urut Isi Punggung

Bahagian yang perlu diurut semasa terlentang:


1. Urut Tangan
2. Urut Kaki
3. Urut Peha
4. Urut Perut

Bahagian yang diurut semasa duduk:

1. Urut Belikat, Bahu dan Leher
2. Urut Belakang Leher dan Kepala
3. Urut Belakang Badan ke Pinggang

CIRI-CIRI TUKANG URUT YG TIDAK MAHIR


Ciri-ciri Tukang Urut yang Tidak Mahir:

 
1. Kuku jari tukang urut panjang
2. Tukang urut memakai gelang atau cincin

3. Cara kedudukan tukang urut yang sering berubah-ubah tempat dalam masa yang singkat ketika mengurut

4. Sering jadi urutan yang menyebabkan pelanggan mengeluh kesakitan

5. Pelanggan lebih-merasa letih, penat dan sakit sesudah diurut

6. Terdapat tanda calar, lebam, luka di badan pelanggan kerana urutan yang kuat terkena jari atau kuku

7. Suka membongkok, memusing atau mematahkan sendi melebihi tahap pergerakan satu-satu anggota

8. Bila mengurut pelanggan yang terseliuh beserta bengkak yang besar berwarna kebiruan, ia terus mengurut di tempat bengkak dan bukannya mencari punca-punca urat yang berhubung kaitnya dengan tempat yang bermasalah

CIRI-CIRI TUKANG URUT YG MAHIR


Bagaimana Dapat Kita Mengetahui Ciri-ciri Tukang Urut Yang Mahir?

Tukang Urut yang mahir dapat menghasilkan kepuasan kepada pelanggna atau pesakitnya.  Pesakit akan dapat menilai kemahiran tukang urut dengan hasil urutan yang mereka terima iaitu badan anda yang terlalu letih akan terasa segar dan bertenaga serta ringan di seluruh badan selepas proses urutan.

Tukang Urut juga akan mencari punca masalah bukan menjurus terus ditempat yang bermasaalah.

Selain itu tidak harus ada tanda-tanda lebam, tidak luka terkena kuku dan tempat. yang sakit tidak semakin teruk sakitnya.

 

Apakah Langkah Berjaga-jaga Sampingan Tukang Urut?

Pesakit atau pelanggan yang datang mungkin mempunyai sakit “spiritual” yang mana kemungkinan mereka tahu atau tidak.  Maka ayat-ayat suci alQuran akan digunakan sebagai doa pendinding dan doa penyembuh.  Insyaallah kedua-dua pihak berada dalam lindungan Allah taala.

TEKNIK URUT YG BETUL

Bagaimana Teknik Mengurut Yang Betul?

• Dengan menggunakan ibu jari berserta jari- jari tangan
• Dengan bantuan pelincir seperti minyak bagi melancarkan pergerakan tangan

Bila Waktu Paling Afdal Pesakit Di Urut?

• Lima minit sesudah atau sebelum makan

• Urut ketika seseorang itu sihat (tidak demam)

• Lakukan pada waktu pagi, petang atau malam (elakkan waktu tengahari)