Selasa, 12 November 2013

IKHTIAR ZURIAT

IKHTIAR MENDAPAT ZURIAT/ANAK

KITA PERLU IKHTIAR TETAPI ALLAH YG MENENTUKAN!

Bagi wanita yg ingin mencuba mendapatkan zuriat, proses yg akan dilakukan:
  • Urut bagi pelancaran darah keatas seluruh urat-urat yg terlibat
  • Ramuan untuk diminum diberikan terus
  • Ayat-ayat suci AlQuran digunakan
  • Sekurang-kurangnya lakukan 3x urutan (INSYAALLAH)
  • Sekiranya masih belum termakbul..ikhtiar kedua akan diberikan..senarai keperluan yg perlu dibawa akan diberitahu kelak (Hanya Berasaskan Kelapa!)

URUT TRADISIONAL WANITA DI BBU JOHOR BAHRU

URUT TRADISIONAL WANITA

LOKASI: BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU

UNTUK DIHUBUNGI:
016-7528500
018-7928500

TUKANG URUT:
PN. SURAYA


KELAYAKAN & PENGALAMAN MENGURUT

KELAYAKAN

2000: Mengikuti Bengkel Spa Mustika Ratu (Merangkupi Urut, Lulur & Mandian)
2003: Mempelajari Teknik Mengurut dari Tukang Urut Pakar (Lelaki) Berpengalaman dalam perubatan herba tradisional (Dena Kaki & sebagainya)
2005: Mempelajari Teknik Mengurut dari Tukang Urut Indonesia
2006: Mempelajari Teknik Mengurut dari Tukan Urut DiRaja
2007: Mempelajari Teknik Mengurut dari Bidan
2009: Mempelajari Teknik Mengurut Professional (Eskay Tecnique) dari Suami
2013: Mengikuti Kursus: Bekam, Rawat Syifa & Akupuntur dari Pakar Bertauliah

Nota:  Walau bagaimana pun hanya cara yg terbaik sahaja dipilih, diikuti dan digunakan dalam pengurutan ini.                                      


 

PENGALAMAN  

Pengalaman Mengurut:     
  • Angin Ahmar
  • Migran
  • Terseliuh
  • Terkehel
  • Demam Urat
  • Sakit Perut
  • Belikat
  • Kebas-kebas Tangan/Kaki
  • Batuk Berpanjangan
  • Sukar Tidur Malam
  • Masalah Perut: Haid Berpanjangan, Buang Air Besar, Angin, Senggugut
  • Dan Lain-lain: Kanak-kanak Sering Menangis, Demam Berulang




 


URAT DARI KACAMATA TUKANG URUT


Jenis-jenis Urat Dari Kacamata Tukang Urut

Urat-urat dibadan memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya hanya dapat dirasa oleh tukang urut yang mahir melalui sentuhan jari.

Bahagian Urat-urat:

Urat Tegang: Akibat dari stress, mengangkat barang-barang berat dll

Urat Tersumbat: Akibat dari keadaan sejuk, makanan sejuk atau jenis darah sejuk

Urat Bergumpal: Akibat dari berdiri lama, duduk lama dll

Urat Bengkak: Akibat dari jatuh, terseliuh, terkehel, salah gerak dll

POSISI URUT YG SEBENAR


Bagaimana Posisi Mengurut Sebenar?

Terdapat 3 bahagian dalam kaedah mengurut seluruh badan iaitu meniarap, terlentang dan duduk.  

Bahagian yang perlu diurut semasa meniarap:

1. Urut Belakang Badan

2. Urut Belikat

3. Urut Belakang Lengan

3. Urut Tapak Kaki
4. Urut Betis/Labu Betis
5. Urut Belakang Peha
6. Urut Isi Punggung

Bahagian yang perlu diurut semasa terlentang:


1. Urut Tangan
2. Urut Kaki
3. Urut Peha
4. Urut Perut

Bahagian yang diurut semasa duduk:

1. Urut Belikat, Bahu dan Leher
2. Urut Belakang Leher dan Kepala
3. Urut Belakang Badan ke Pinggang

CIRI-CIRI TUKANG URUT YG TIDAK MAHIR


Ciri-ciri Tukang Urut yang Tidak Mahir:

 
1. Kuku jari tukang urut panjang
2. Tukang urut memakai gelang atau cincin

3. Cara kedudukan tukang urut yang sering berubah-ubah tempat dalam masa yang singkat ketika mengurut

4. Sering jadi urutan yang menyebabkan pelanggan mengeluh kesakitan

5. Pelanggan lebih-merasa letih, penat dan sakit sesudah diurut

6. Terdapat tanda calar, lebam, luka di badan pelanggan kerana urutan yang kuat terkena jari atau kuku

7. Suka membongkok, memusing atau mematahkan sendi melebihi tahap pergerakan satu-satu anggota

8. Bila mengurut pelanggan yang terseliuh beserta bengkak yang besar berwarna kebiruan, ia terus mengurut di tempat bengkak dan bukannya mencari punca-punca urat yang berhubung kaitnya dengan tempat yang bermasalah

CIRI-CIRI TUKANG URUT YG MAHIR


Bagaimana Dapat Kita Mengetahui Ciri-ciri Tukang Urut Yang Mahir?

Tukang Urut yang mahir dapat menghasilkan kepuasan kepada pelanggna atau pesakitnya.  Pesakit akan dapat menilai kemahiran tukang urut dengan hasil urutan yang mereka terima iaitu badan anda yang terlalu letih akan terasa segar dan bertenaga serta ringan di seluruh badan selepas proses urutan.

Tukang Urut juga akan mencari punca masalah bukan menjurus terus ditempat yang bermasaalah.

Selain itu tidak harus ada tanda-tanda lebam, tidak luka terkena kuku dan tempat. yang sakit tidak semakin teruk sakitnya.

 

Apakah Langkah Berjaga-jaga Sampingan Tukang Urut?

Pesakit atau pelanggan yang datang mungkin mempunyai sakit “spiritual” yang mana kemungkinan mereka tahu atau tidak.  Maka ayat-ayat suci alQuran akan digunakan sebagai doa pendinding dan doa penyembuh.  Insyaallah kedua-dua pihak berada dalam lindungan Allah taala.

TEKNIK URUT YG BETUL

Bagaimana Teknik Mengurut Yang Betul?

• Dengan menggunakan ibu jari berserta jari- jari tangan
• Dengan bantuan pelincir seperti minyak bagi melancarkan pergerakan tangan

Bila Waktu Paling Afdal Pesakit Di Urut?

• Lima minit sesudah atau sebelum makan

• Urut ketika seseorang itu sihat (tidak demam)

• Lakukan pada waktu pagi, petang atau malam (elakkan waktu tengahari)

Khamis, 14 Februari 2013

MEMBUAT LULUR DI RUMAH!!!






1. Lidah Buaya
Aloevera atau lidah buaya mempunyai khasiat untuk menghaluskan dan melembabkan kulit.  Kandungan lignin/selulosa yang terkandung dalam daunnya mampu menembus dan meresap ke dalam kulit bagi menahan kekeringan dari permukaan kulit dalam erti kata lain kelembapan kulit terjaga.  Selain melembabkan, aloevera juga berkhasiat membantu meningkatkan kadar oksigen pada kulit bagi membantu menguatkan jaringan kulit agar tidak mudah mengendur, serta membantu mencegah penuaan.
Bahan Lulur:  Lidah Buaya,Tepung Gandum, Minyak Zaitun, Air Mineral


 
2. Avocado/Alpukat
Avocado atau buah Alpukat kaya dengan vitamin E yang mengandungi omega 3, sehingga  menjadi anti oksidan yang baik, mencegah penuaan diri, dan menjadi bahan pelembab kulit. Buah alpukat juga bersifat anti inflamasi sehingga dapat mendinginkan kulit. Sangat sesuai untuk kulit kering atau mereka yang sering berada di dalam ruangan berhawa dingin.
Bahan Lulur:  Buah Aplukat Matang, Tepung Beras Merah, Minyak Zaitun.


3. Bengkuang
Lulur bengkuang berkhasiat untuk mencerahkan warna kulit sehingga tampak lebih putih/terang.  Bengkuang memiliki sifat kimiawi dan fermakologis yang manis, dingin, sejuk, sehingga memiliki khasiat mendinginkan kulit.  Kandungan anti septik dalam bengkuang mampu mengatasi gatal-gatal di kulit.  Selain itu lulur bengkuang juga mengencangkan kulit sehingga kekenyalannya terjaga kerana wujudnya kandungan kimia bengkuang seperti pachyrhizon, rotenon, vitamin B1 dan C.  Campuran limau nipis dalam lulur bengkuang menyegarkan kulit manakala olive oil pula akan menambah kelembapan kulit.
Bahan Lulur:  Bengkuang, Tepung Gandum, Limau Nipis, Air Mineral, Minyak Zaitun.

 
4. Lobak
Lobak kaya dengan vitamin A dan Betacaroten, juga mengandung zat anti oksidan.  Lulur lobak bermanfaat untuk mencegah keriput, mencerahkan kulit,  membuang sel-sel kulit mati dan mempercepatkan pembentukan sel-sel kulit baru sehingga membuat kulit terasa segar dan kenyal.
Bahan Lulur:  Lobak, Tepung Gandum, Minyak Zaitun, Air Mineral.

 
5. Coklat
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam lulur coklat berkhasiat untuk melembutkan dan menghaluskan kulit.  Lulur coklat juga dapat memutihkan/mencerahkan kulit.  Selain itu adanya katekin (catechin) yang merupakan anti oksidan yang kuat yang ada didalam coklat dapat mencegah penuaan diri, mencegah keriput dan melindungi kulit dari jeragat malah menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.
Bahan Lulur:  Coklat Serbuk, Tepung Bengkuang, Tepung Gandum, Minyak Zaitun, Air Mineral.

 
6. Kopi
Serbukkopi yang digosok-gosokkan akan mengeluarkan minyak.  Dengan malakukan lulur / scrub kopi dapat menghaluskan kulit, membuatkan kulit lebih cerah, menghilangkan lelah pada kulit, memperbaiki peredaran Oksigen dalam darah.  Anti oksidan yang terdapat dalam kopi dapat mencegah penuaan dini, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati malah kulit menjadi cerah, lembab dan halus.
Bahan Lulur:  Kopi Serbuk, Tepung Gandum, Minyak Zaitun, Air Mineral

 
7. Teh Hijau
Teh hijau terkenal dengan khasiatnya yang mengandungi antioksidan polyphenols, vitamin C dan E.  Lulur teh hijau menutrisi kulit, melancarkan peredaran darah, berkhasiat mencegah penuaan diri, menyegarkan kulit, melindungi kulit dari polusi.  Malah Vitamin C nya mencerahkan kulit dan Vitamin E nya melembabkan.  Lulur teh hijau juga dapat digunakan untuk mencegah jerawat, menghilangkan flek-flek hitam.  Manakala aroma tehnya menenangkan dan sangat sesuai untuk terapi relax/santai.
Bahan Lulur:  Teh Hijau, Tepung Beras, Tepung Kacang Hijau, Minyak Zaitun, Sari Bunga Melati
8. Susu
Susu kaya akan zat asam beta hydroxy alami, campuran susu dalam lulur ini tidak saja berguna sebagai peeling bagi mengikis kotoran dan sel-sel kulit mati tetapi juga dapat mencerahkan kulit sehingga terlihat lebih halus dan tidak bersisik.  Selain itu, kandungan protein dalam susu juga berguna sebagai pembekal nutrisi yang berfungsi melembabkan, sekaligus melapisi permukaan kulit agar lebih halus dan kenyal.  
Bahan Lulur:  Susu Serbuk (Khusus utk mandi/lulur), Tepung Bengkuang, Tepung Gandum, Minyak Zaitun, Air Mineral.

9. Papaya/Betik
Papaya mengandungi berbagai jenis enzim, vitamin, mineral dan diantaranya adalah enzim papain, alkaloid karpaino, psudokarpaina, glikosid, karposid dan saponin, sakarosa, dekstrosa serta levulosa, vitamin A, vitamin B, vitamin C dan Vitamin E.  Enzim dalam buah papaya sangat berguna untuk mengganti sel-sel kulit yang telah rosak atau mati, dan terkenal ampuh untuk mengobati jerawat.  Selain itu vitamin-vitamin yang terkandung dalam papaya dapat mencerahkan, melembabkan dan meremajakan kulit karena sifatnya yang menghalang radikal bebas sehingga memperlahankan kerepot.
Bahan Lulur:  Papaya/Betik Masak, Tepung Gandum, Minyak Zaitun, Air Mineral

10. Strawberry
Buah yang satu ini banyak mengandungi asam salisilat (salah satu jenis asam beta-hidroksi) yang membantu mengencangkan kulit serta vitamin B, C, E, dan K.  Lulur Strawberry selain untuk mengencangkan kulit ianya juga menyehatkan dan meremajakan kulit.  Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.  Aromanya yang khas menjadikan lulur ini sesuai untuk terapi relax/santai.
Bahan Lulur:  Strawberry, Tepung Gandum, Minyak Zaitun, Air Mineral